tIng tOng

tIng tOng

Thursday, September 29, 2011

warkah dari ayahanda...

assalamualaikum.
ayah doakan anah sihat2 aje di perantauan.
ayah baru saja balik dari masjid. baru saja selesai makan malam sambil warkah yang anah kirimkan dibaca oleh zirah. seronok sekali membacanya. maklumlah sudah lama tidak menulis warkah spt ini. ayah pun dah kurang pandai menulis lebih2 lagi sepoi2 bahasa atau bunga2 bahasa.
hari ini adalah hari guru - hari yg penuh makna buat ayah. lebih2 lagi di akhir karier ayah sebagai pendidik. tapi barangkali semuanya sudah tidak sama spt dulu. ayah sudah tidak banyak mengajar - jadi barangkali ayah sudah tidak popular lagi di kalangan murid2. kalau ada undian spt akademi fantasia, petang2 lagi ayah sudah terkeluar agaknya. di sekolah ini murid2 tidak sama spt murid2 di sekolah sktm - muridnya ramai yg miskin. jadi sempena hari guru - hadiah yang diterima tidaklah yg mahal2 namun hadiah masih banyak ayah terima. nostalgia lama kembali lagi. bila balik sekarang yang pasti zirah sedia menanti untuk membuka hadiah2 itu. dialah pengganti anah sekarang. Din dah kurang minat dah... barang hadiah2 itu tidak menarik minatnya!! tak apalah ... yg pasti zirah tetap setia mengambil alih tugas anah !!! he .. he ..
sekolah ayah leni .. prestasi upsr taklah cemerlang sangat. pastinya tidak sama dengan sktm ... namun murid2nya tetap bersaing maju utk capai kecemerlangan - kerana yang pastinya guru2nya terutama guru tahun 6 memang hebat lagi berkelibar - semangat dan pembakar motivasi. insyaAllah - muridnya akan berjaya. namun begitu - yang ayah sangat bangga ialah pencapaian dalam ko-kurikulum. sejak tahun kebelakangan ni - kejayaan demi kejayaan sentiasa diraih. tahun ini 2011 - sudah 3 orang murid sk kerandang sudah berjaya mewakili negeri terengganu ke pertandingan peringkat kebangsaan. seorang dalam catur ( no. 2 di peringkat negeri ), seorang dalam bola jaring dan seorang dalam bola baling. hebatkan!!! iaitu murid - itulah acuan. jika diberi peluang dan ruang serta betul asuhannya insyaAllah akan berjaya...
ayah rasa itulah hebatnya guru2 di sk kerandang. ayahpun tak pasti ... apakah ada sumbangan dan saham ayah di situ!!!
ayah teringat pula didikan di rumah. apakah sumbangan ayah menjadi atau tidak??? adakah semua anak2 ayah berjaya? bagaimana dengan anak ayah yang masih ada kat rumah sekarang ni??? adakah mereka berjaya? cemerlang dalam pelajaran dan didikan agama??? ayah fikir ayah masih lemah dan tidak berjaya dalam didikan ini!!! namun ayah akan berusaha untuk mengatasi kelemahan ini walaupun ayah tahu ianya sangat sukar... ayah pastinya akan terus berdoa moga2 Allah sentiasa membantu ayah agar semua anak2 ayah berjaya dalam pelajaran lebih2 lagi didikan dalam agama. ayah selalu doakan agar semua anak2 ayah menjadi anak2 soleh dan solehah. ayah benar2 mengharap itu semua kerana alangkah beruntungnya memperolehi anak2 yang soleh dan solehah.....
ayah rasa sudah terlalu panjang mencoret warta spt ini. jadi rasanya cukup dulu setakat ini - lama beno tidak menulis spt ini. letih teramat sangat dah ni ....
ayah doakan anah gembira,ceria dan seronok membaca nukilan dari ayahanda.


me n ayah masa cuti2 langkawi last year (2010)







tetiba teringat coretan note yg ayah tulis setelah me tulis panjang dan agak berjela ucapan selamat hari guru utk ayah 16 mei aritu n suruh my adik print n bagi dekat ayah..n me tertunggu2 ayah balas sms..tp tade!!selepas sehari,me tertengok ayah balas wish anak murid dia kat fb..rase sedeyh!sbb me kasik,ayah tak cakap apa pun..then suddenly ada note kat page ayah *of course ayah tak tag kat me,so that i didn't notice that!* --> TERIMA KASIH ANAKANDA ANAH*...masa ni,luruh jantung sy..bukak note itu,baca sambil nanges!...huuu..ayah,u're so sweet..!

ayah slalu pesan kat me ; 1)dalam hidup ni,kita still ada banyak kesempatan...kalo kita jatuh,kita boleh bangun,kita fail exam,kita still leh usahan amik lagi,kita tak pandai,leh blajar..tapi kalo MATI..dah tade dah kesempatan apa2..mati tak kenal usia..
2)kalau kita tahu sesuatu tu mmg pahit,kenapa kita nak telan?
3)luahkan..jgn pendam...

thanks ayah..i love u..

No comments:

Post a Comment